Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

108) BANTUAN KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENGUASAI MATA PELAJARAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat sejumlah pelajar yang sanggup meninggalkan sekolah kerana tidak mampu menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini termasuk pelajar dari bangsa Melayu, Cina, India dan anak orang asli yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal menguasai mata pelajaran tersebut. Apakah perancangan pihak kerajaan bagi membantu para pelajar yang masih mengalami masalah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?

    Bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu para pelajar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  adalah melalui Program Tuisyen Rakyat di mana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu mata pelajaran kelas  tuisyen di dalam program Tuisyen Rakyat iaitu selama satu jam untuk  setiap mata pelajaran di dalam masa seminggu

     

    Khusus untuk pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, di mana Kerajaan Negeri telah menganjurkan Kem Pemantapan dan penguasaan Bahasa Inggeris. Program ini dilaksanakan melalui PIBG sekolah dan dikendalikan oleh pihak Konsultan yang telah dilantik.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.