Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

102) BANTUAN KEPADA PEKERJA DAN BEKAS PEKERJA LADANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan yang diberikan kepada pekerja dan bekas pekerja ladang di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dalam menjaga hak dan kebajikan Pekerja Ladang di Negeri ini. Pelbagai program telah dianjurkan bagi memenuhi kehendak sekaligus meningkatkan motivasi dalam diri mereka melalui program usahasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak menganjurkan program – program khusus untuk membantu para pekerja ladang termasuk anak-anak mereka untuk sama-sama menikmati faedah dari pelbagai aspek termasuk pendidikan dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan mereka dalam mengharungi hidup sebagai golongan yang dianggap

    Program Pendidikan Anak – anak Pekerja Ladang ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada seluruh anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Program-program yang dianjurkan adalah khusus untuk menjaga kebajikan pekerja ladang dalam meringankan bebanan yang ditanggung dalam kehidupan seharian.

    Antara program – program yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun khusus bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:

    • Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bus Sekolah Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi
    • Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia
    • Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5,000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa.
    • Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
    • Penyampaian anugerah adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang.
    • Program – program Motivasi UPSR untuk anak pekerja ladang Program ini dianjurkan adalah sebagai satu langkah Kerajaan Negeri dalam  memastikan anak-anak  di       Negeri                Selangor khususnya    anak     pekerja   ladang                mendapat           pendidikan       yang Program berbentuk seminar ini dilaksanakan khusus untuk membantu anak pekerja ladang yang akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai persediaan    sebelum     menghadapi             peperiksaan  dan                teknik menjawab peperiksaan.
    • Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, kami memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan bantuan- bantuan sedia ada yang dilaksanakan dan akan menambaik program-program tersebut dari masa ke semasa.
    • Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah menganjurkan beberapa bentuk program khusus kepada pekerja ladang di Negeri Selangor termasuklah program – program perayaan. Antara program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah seperti berikut :-
    • Perayaan Pesta Ponggal Peringkat Negeri Selangor
    • Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Selangor
    • Program Bersama Pemimpin-pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Bekas Pekerja Ladang
    • Program Lawatan   Turun  Padang  YB   Tuan  Ganabatirau   A/L Veraman Bersama Pekerja-pekerja Ladang
    • Program Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah banyak membantu pekerja ladang dalam meringankan beban dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di kalangan pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu, program – program yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program – program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek seperti membuat kek dan coklat, kelas jahitan, kelas solekan, membaiki peralatan, membuat kraftangan serta ceramah dan taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan pekerja ladang untuk terus maju dan berdaya saing. Program – program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para pekerja ladang mendalami asas – asas kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan.

    Sehubungan dengan itu juga, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang juga telah membantu beberapa keluarga yang terdiri daripada pekerja ladang dalam menyelesaikan isu berkaitan rumah dan seumpamanya. Diantara ladang – ladang yang telah dibantu adalah seperti berikut :-

    • Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka untuk mendapatkan tapak kuil dan dewan komuniti sebagai kemudahan kepada mereka ;
    • Ladang Bangi – Seramai 22 orang bekas pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka untuk membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;
    • Taman Permata Dengkil – Kerajaan Negeri telah menyerahkan 30 ekar kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan rumah kepada 393 orang pekerja ladang bekas pekerja ladang dari kawasan Putrajaya.
    • Ladang Duneden – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan
    • Ladang Tumbok – Kerajaan Negeri telah berjaya membantu seramai 12 orang bekas pekerja ladang dalam memiliki rumah dan tapak
    • Ladang Semenyih – Kerajaan Negeri melalui perbincangan dengan majikan dan pemilik ladang berkenaan telah berjaya membantu mendapatkan rumah teres 2 tingkat dengan diskaun kepada 25 bekas pekerja ladang, tempat beribadat dan juga tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    • Ladang Dusun Durian – Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan pembatalan “Rezab Melayu” yang telah dijadikan sebagai tapak perumahan kepada bekas pekerja ladang 99 orang serta tempat
    • Taman Permata, Dengkil – Seramai 393 keluarga telah dibantu untuk mendapatkan penempatan yang baru selepas diarahkan berpindah dari ladang – ladang di

Lampiran

Tiada Lampiran.