Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

167) BANTUAN KEPADA PENANAM PADI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis-jenis bantuan yang masih diberikan kepada penanam padi di Negeri Selangor.

    Bantuan yang diberikan kepada penanam padi adalah subsidi baja urea (80 kg/ha) dan subsidi baja sebatian (240 kg/ha). Selain daripada itu, bantuan dalam bentuk subsidi harga diberi sebanyak RM300/tan dan harga lantai padi ditetapkan pada RM1,200/tan.

Lampiran

Tiada Lampiran.