Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

147) BANTUAN KEPADA PENDUDUK RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang telah dihulurkan kepada penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah di Selangor sejak 2008 dan apakah bantuan yang bakal diberi kepada mereka?

    1. Bantuan yang telah dihulur kepada penduduk pangsapuri kos rendah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbentuk fizikal dan bukan

     

    Bantuan berbentuk fizikal adalah seperti berikut:-

     

    1. Program mengecat bangunan pangsapuri kos rendah yang terpilih di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun

     

    1. Membaik pulih bumbung bagi dua blok pangsapuri kos rendah iaitu Pangsapuri Cempaka di Bukit Beruntung pada tahun

     

    • Bantuan di bawah program Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri untuk membaik pulih 41 buah lif melibatkan tiga pangsapuri kos rendah iaitu Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, Pangsapuri Taman Permai Indah, Klang dan Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Ampang pada tahun

     

    1. melancarkan program pemberian air percuma melalui mekanisme kupon bagi fasa pertama yang melibatkan 72 kawasan permajuan pangsapuri kos rendah terdiri daripada 23,665 unit

     

     

     

     

    Bantuan di bawah kategori bukan fizikal pula lebih berbentuk mendidik serta memupuk kesedaran di kalangan penduduk pangsapuri kos rendah supaya menjadi masyarakat yang berhemah, bertanggungjawab dan berinformasi yang akan menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian di kalangan masyarakat pangsapuri kos rendah. Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah:-

     

    1. Menganjurkan pertandingan Anugerah Komuniti Terbaik Perumahan Bertingkat Negeri Selangor pada tahun 2009 bagi tujuan memberi insentif dan galakan kepada komuniti pangsapuri kos rendah untuk sentiasa memelihara kesejahteraan serta keharmonian penduduk, kebersihan dan  pelbagai  aspek
    2. Mengadakan program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni pada tahun 2010 bertujuan mendidik komuniti pangsapuri kos rendah dalam menjaga keharmonian di kalangan penduduk serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk

     

    • Mewujudkan Pusat Sehenti Ilmu Pengetahuan di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang dan Pangsapuri Mawar, Bukit Beruntung bagi melahirkan masyarakat yang lebih berilmu dan berdaya saing daripada kalangan komuniti pangsapuri kos

     

    Untuk tahun 2011, selain meneruskan skim pemberian air percuma, Kerajaan Negeri  telah mewujudkan satu lagi skim bantuan bagi tujuan baikpulih  kerosakan  harta  bersama pangsapuri kos rendah melalui Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah. Walau bagaimanapun, konsep yang akan diguna pakai bagi melaksanakan  program  baikpulih ini adalah berdasarkan perkongsian kos di mana Kerajaan Negeri dan penduduk melalui saluran pengurusan bangunan (JMB/MC/ejen pengurusan/pemaju) akan bersama-sama menanggung kos baikpulih tersebut. Ini supaya penduduk dipupuk dengan rasa tanggungjawab serta mempunyai rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap harta bersama yang dibaik pulih tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.