Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

80) BANTUAN KEPADA PESAKIT COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bantuan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan untuk pesakit Covid-19 yang telah dan sedang diperuntukkan oleh Kerajaan Selangor. Senaraikan penerima bantuan berkenaan di daerah Kuala Langat serta jumlah yang diterima oleh setiap penerima.

    Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Negeri Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,800,000.00 bagi bantuan kepada pesakit COVID-19. Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah bagi membantu pesakit COVID-19 yang terjejas dari segi pendapatan disebabkan ketidakupayaan untuk bekerja atau terpaksa dikuarantinkan dalam tempoh masa yang agak lama. Setiap pesakit yang melepasi syarat-syarat kelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.00 setiap seorang.

    Bagi daerah Kuala Langat, permohonan yang diterima setakat ini adalah sebanyak 18 permohonan di mana 15 permohonan telah diluluskan dengan keseluruhan kos sebanyak RM15,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.