Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

205) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa dan dalam bentuk apakah sumbangan telah diserahkan?

    Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi Rumah Ibadat Selain Islam. Peruntukan tersebut diberikan di dalam bentuk kewangan kepada Persatuan keagamaan bagi tujuan berikut:

    • Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
    • Sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan;
    • Pendidikan keagamaan; dan
    • Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama.

Lampiran

Tiada Lampiran.