Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

22) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak keeping tanah dan saiz tanah yang telah diluluskan kepada persatuan-persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?

    Sebanyak 66 lot tanah telah digazetkan untuk tujuan rumah ibadat bukan Islam sejak tahun 2008 hingga sekarang. Saiz dan pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

            LUAS
    BIL   DAERAH   BILANGAN
    (mp)
         
    1. KLANG 20 24,319.66
    2. SABAK BERNAM 2 2,400
    3. GOMBAK 4 2,226
    4. HULU SELANGOR 7 12,440.312
    5. KUALA LANGAT 3 8,318.4
    6. SEPANG 7 11,101.82
    7. KUALA SELANGOR 8 8,650.22
    8. PETALING 2 2,963
    9. HULU LANGAT 13 11,727.67
    JUMLAH 66 84,147.082

Lampiran

Tiada Lampiran.