Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

12) BANTUAN KEPADA SJK (C) CHEN MOH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri yang lalu telah menjanjikan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chen Moh, Petaling Jaya bagi meraih sokongan. Adakah Kerajaan Negeri pada hari ini akan menunaikan janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas?

    Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak mempunyai tanggungjawab menunaikan janji-janji pilihan raya umum yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional semasa memegang kuasa sebagai kerajaan penjaga (caretaker government). Perbuatan sesebuah kerajaan penjaga yang menyalahgunakan kuasa dan sumber kerajaan untuk membantu kempen pilihan raya umum adalah perbuatan yang korup dan tidak bermoral.

     

    Oleh yang demikian, pengumuman kerajaan penjaga Negeri Selangor semasa kempen pilihan raya umum pada 2008 tidak dianggap sebagai keputusan yang sah dan tidak akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Pengumuman bantuan RM100,000.00 kepada SJK(C) Chen Moh pada 5  Mac 2008 juga tergolong dalam kategori janji pilihan raya umum oleh kerajaan penjaga.

     

    Walau bagaimanapun, sekolah tersebut telah membuat permohonan baru kepada Kerajaan Negeri melalui borang bertarikh 30.3.2009 yang disampaikan pada 1 April 2009. Permohonan tersebut sedang diberi pertimbangan sewajarnya dalam pemberian fasa ke-2 tahun 2009 mengikut syarat-syarat yang sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.