Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

119) Bantuan Kepada Warga Emas

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh JKM dalam membantu warga emas yang tidak berkemampuan, terutamanya warga emas yang mempunyai anak dewasa tapi tidak mampu memberi sumbangan dalam menyara kehidupan warga emas tersebut.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor melalui skim Bantuan Kewangan Persekutuan menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) kepada golongan warga emas yang miskin dan berkelayakan dengan kadar RM 350.00 sebulan. Perkhidmatan bantuan dan sokongan kewangan kepada golongan warga emas ini bertujuan agar warga emas dapat meneruskan kelangsungan hidup di dalam komuniti.

    BOT adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
    4. Warga emas yang bukan tinggal di :
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat Jagaan Harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

     

    Statistik penerima BOT mengikut Daerah adalah seperti di Jadual 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.