Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

116) BANTUAN KERAJAAN NEGERI UNTUK RUMAH IBADAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan nama kuil-kuil dan jumlah peruntukan yang telah diterima dari Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2016

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM6 juta pada tahun 2016 bagi bantuan Rumah Ibadat Selain Islam di Negeri Selangor. Daripada jumlah itu, sejumlah RM1,748,400.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Empat Ratus Ringgit) telah disalurkan untuk Rumah Ibadat Selain Islam (Kuil / Gudwara) iaitu sebanyak 120 persatuan telah menerima bantuan tersebut. Antara bantuan yang diterima adalah bagi tujuan baikpulih bangunan dan melaksanakan aktiviti keagamaan. Senarai nama adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.