Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

248) BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk menangani wabak COVID-19 di Selangor?

    Sebagaimana kita semua maklum, wabak Covid – 19 ini telah memberikan impak terhadap dunia amnya dan Malaysia khususnya. Oleh itu, negeri Selangor juga turut menerima impak yang sama. Bagi tujuan menangani Covid – 19, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut,   sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk projek pembangunan berskala kecil di bawah Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam / Projek Infrastruktur Asas (PIA/PIAS). Pelaksanaan projek-projek PIA/PIAS ini adalah bertujuan sebagai stimulus package untuk menangani masalah kegawatan ekonomi negeri.  Selain itu, sebanyak RM10 juta telah disalurkan ke Tabung Pakej Rangsangan Ekonomi bagi tujuan bantuan menangani wabak Covid – 19 seperti kos pengoperasian stesen-stesen kuarantin, pembelian topeng pelitup muka (face mask), hand sanitizer dan lain-lain. Sebanyak RM7.795 juta telah dibelanjakan bagi tujuan yang telah dinyatakan dan baki peruntukan akan digunakan untuk menampung pembayaran insentif kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid – 19.

Lampiran

Tiada Lampiran.