Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

133) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan masjid dan surau yang menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan untuk tujuan menaiktaraf/pembaikan mengikut DUN masing-masing.

    Antara masjid-masjid yang menerima peruntukan bagi kerja- kerja baikpulih dan pembaikan pada tahun 2015 adalah seperti berikut:

    BIL NAMA MASJID DAERAH DUN
    1 Masjid Darul Iman Hulu Selangor Batang Kali
    2 Masjid Kg. Kuantan Klang Batu Tiga
    3 Masjid Al- Muhsinin Klang Andalas
    4 Masjid Al- Ehsan Klang Sementa
    5 Masjid Al- Munawwarah Petaling Sri Muda
    6 Masjid Ar- Rahmah Petaling Seri Setia
    7 Masjid Al- Redha Sepang Sg Pelek
    8 Masjid At- Taqwa Kuala Langat Telok Datuk
    9 Masjid Mahmudiah Sabak Bernam Sg. Air Tawar
    10 Masjid Maasumiah Sabak Bernam Sg. Air Tawar
    11 Masjid Jamek Sultan

    Ibrahim

    Kuala Selangor Melawati
    12 Masjid Kg. Assam Jawa Kuala Selangor Melawati
    13 Masjid Pekan Jeram Kuala Selangor Jeram

     

    Pihak kerajaan tidak menyediakan peruntukkan bagi kerja-kerja baikpulih surau. Praktis dan amalan jawatankuasa surau akan berusaha mendapatkan dana sendiri termasuk memohon bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.