Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

13) BANTUAN KEWANGAN KEPADA NGO

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan merancang untuk memberi bantuan kewangan kepada NGO kebajikan seperti pusat jagaan OKU, rumah anak yatim dan sebagainya?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO)    dan sentiasa membantu mereka dalam melaksanakan program-program kebajikan di Negeri Selangor. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri melalui pelbagai Jawatankuasa Tetap bersedia membantu dari segi pelaksanaan program-program yang berkaitan berdasarkan kepada permohonan yang diterima serta mengadakan program usaha sama dengan NGO yang berkaitan.

     

    Selaras dengan visi Kerajaan Negeri yang mementingkan kebajikan rakyatnya, bantuan ini dapat disalurkan secara minimum bagi memastikan NGO di Selangor yang membuat permohonan mendapat manfaat secara sama rata oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.