Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

254) BANTUAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud?

    Bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud dengan dua bentuk:-

     

    • BIASISWA DAN DERMASISWA

     

    Biasiswa kecil, Biasiswa Khas dan Dermasiswa kepada pelajar peringkat sekolah menengah di bawah tajaan Yayasan Selangor.

     

    • PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

     

    Pinjaman Pelajaran masih diteruskan pembiayaannya bagi pelajar-pelajar yang masih dalam pembiayaan pinjaman Yayasan Selangor dan juga tambahan Pinjaman Pelajaran bagi pelajar-pelajar sedia ada yang melanjutkan pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi (Diploma dan Ijazah).

Lampiran

Tiada Lampiran.