Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

293) BANTUAN KHAS HARI RAYA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pembayaran dan jumlah pegawai yang layak menerima Bantuan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri mengikut setiap PBT?

    Jumlah pembayaran Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aildifitri 1440H Tahun 2019 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor adalah seperti yang telah diumumkan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa Majlis Rapat Ramadan pada 17 Mei 2019 iaitu satu bulan gaji dan dibayar pada 7 Jun 2019 tertakluk kepada penerimaan pakai Garis Panduan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aildifitri 1440H Tahun 2019 yang dikemukakan kepada semua jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penerimaan pakai garis panduan tersebut juga adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.