Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

117) BANTUAN KISS UNTUK PEGAWAI DI PUSAT KHIDMAT DUN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan Kad Kiss kepada semua kakitangan PKM yang bergaji di bawah paras kemiskinan dan turut sama terkesan dengan tekanan ekonomi?

    Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan dari ahli Yang Berhormat Meru untuk memberi peluang kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berada di bawah garis kemiskinan untuk menikmati manfaat daripada Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ini. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Program KISS ini adalah terbuka kepada semua rakyat di Negeri Selangor dari kalangan ibu yang berkeluarga tanpa mengira bangsa, agama mahupun kaum. Justeru itu, sekiranya terdapat kakitangan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berada di bawah paras kemiskinan serta memenuhi syarat kriteria yang telah ditetapkan di dalam Program KISS, Kerajaan Negeri mengalu-alukan mereka untuk membuat permohonan Program KISS dengan menggunakan saluran yang telah ditetapkan

Lampiran

Tiada Lampiran.