Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

229) BANTUAN MEMBINA RUMAH DAN BAIKPULIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada mewujudkan projek membina dan membaik pulih rumah warga miskin. Siapakah yang layak dibina atau dibaikpulih rumah berkenaan?

    Syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaikpulih untuk Program Kerajaan Prihatin ialah:

    1. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM419.00 sebulan
    2. Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU);
    3.  Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki. Kerosakan asas akan dipertimbangkan untuk baik pulih;
    4. Tanggungan yang tinggal bersama tidak mempunyai pendapatan;
    5. Mempunya tapak untuk membina kediaman baru.

    Setiap permohonan akan disiasat oleh pihak UPEN bersama wakil daripada Pejabat Daerah dan akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Bantuan Kerajaan Prihatin.

Lampiran

Tiada Lampiran.