Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

89) BANTUAN NELAYAN KECIL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk bantuan ini dan bagaimanakah cara bantuan ini disalurkan kepada nelayan?

    Jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk bantuan bagi tahun 2018 adalah :

    • Program Bantuan Nelayan dan Penternak:

     

    Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan RM 947,650.00 ke Pejabat Perikanan Negeri Selangor untuk membantu penternak dan nelayan. Antara bantuan yang telah disalurkan adalah peralatan untuk ternakan akuakultur seperti pam, tangki ternakan dan makanan ikan. Manakala bagi nelayan pula diberi bantuan, pukat, peralatan pelayaran (GPS) dan tong insulasi.

    Jumlah peruntukan dan bilangan permohonan yang Berjaya sejak tahun 2014 hingga 2018 adalah sperti berikut :

    BIL TAHUN JUMLAH PENERIMA

    (ORANG)

    JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2014 552 561,000.00
    2. 2015 168 1,207,600.00
    3. 2016 467 500,000.00
    4. 2017 347 672,650.00
    5. 2018 13 275,000.00
    JUMLAH 1,547 3,216,250

     

    • Cara bantuan kerajaan Negeri Selangor kepada nelayan adalah dengan cara program penyampaian bantuan kepada nelayan yang terpilih. Jabatan akan bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Daerah untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan tersebut kepada nelayan yang layak menerima bantuan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.