Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

128) BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEMASA PKP

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa usahawan yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri semasa PKP? Sila senaraikan mengikut Daerah, Sektor, Jantina, Umur dan Kaum.

    Kerajaan Negeri telah merangka beberapa insentif dan bantuan bagi mengurangkan impak kepada para usahawan di Negeri Selangor akibat pandemik Covid19. Antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut:

    • Bantuan tunai one-off RM500.00 kepada peniaga
      Bantuan ini diberikan kepada peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan PBT.  Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.

     

    • Pengecualian sewa premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
      Peniaga yang menyewa di premis PBT diberikan pengecualian sewaan 1 bulan. Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM12 juta.

     

    • Moratorium pinjaman mikrokredit HIJRAH Selangor.
      Peminjam daripada HIJRAH Selangor diberi penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulan. Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM70 juta.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, perincian peminjam mengikut jantina, daerah, sektor, umur dan kaum adalah seperti berikut:

    • Selangor Advance
      Selangor Advance ialah program yang memberi kemudahan aliran tunai dan modal operasi pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja. Kaedah yang dilaksanakan adalah melalui kemudahan pembiayaan pemfaktoran-i.  Para pembekal / penyedia perkhidmatan tersebut boleh memohon untuk menyertai program secara atas talian di www.selangoradvance.com.my dan boleh mula memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois setelah mendapatkan kelulusan untuk mengambil bahagian.

     

    • E-Kitchen atau Platform Selangor (PLATS)
      PLATS merupakan platform perniagaan atas talian yang diadakan pada bulan Ramadhan khusus menjual juadah dan makanan pada bulan puasa. Platform ini menggantikan bazar Ramadhan yang acapkali dianjurkan setiap tahun menjelang Ramadhan.  Seramai 90 usahawan telah menyertai PLATS dan telah mencapai nilai jualan sebanyak RM1.067 juta.  Kos penganjuran PLATS ADALAH SEBANYAK RM 600,000.

     

    • Selangor E-Bazar Raya bersama Shopee
      Inisiatif Selangor E-Bazar Raya dijalankan dengan kerjasama platform atas talian Shopee dengan bertujuan menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan bagi memasarkan produk secara dalam talian dan menjana sumber pendapatan mereka terutamanya di musim perayaan. Program ini dapat memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya untuk mendapatkan keperluan sempena musim perayaan Aidilfitri yang akan tiba seperti kuih muih, barang kelengkapan rumah, pakaian dan sebagainya dengan pilihan yang banyak pada harga yang berpatutan.

     

    Seramai 6,400 usahawan telah menyertai program ini secara percuma. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam bentuk baucer diskaun dan telah berjaya menjana sebanyak RM8.7 juta Gross Merchant Value (GMV).

Lampiran

Tiada Lampiran.