Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

262) BANTUAN PEMBELIAN PERALATAN SUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat perancangan pihak kerajaan untuk membantu Generasi Muda membeli peralatan sukan untuk menjadikan golongan ini proaktif?

    Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memberi bantuan pembelian peralatan sukan untuk generasi muda berikutan peralatan sukan merupakan peralatan peribadi yang perlu disediakan sendiri untuk bersukan. Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri lebih memberi penumpuan kepada membaikpulih kemudahan sukan bagi menggalakkan generasi muda bergiat aktif dalam sukan di mana pada masa ini kemudahan yang terdapat dan diselenggara oleh pihak PBT perlu dibaikpulih mengikut keperluan semasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.