Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

93) BANTUAN PENDIDIKAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme atau model bantuan pendidikan yang akan dilaksanakan untuk membantu mahasiswa di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) selaras dengan dasar Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan pendidikan yang berkualiti?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan beberapa bantuan pendidikan kepada mahasiswa yang berasal dan Negeri Selangor dan yang telah bermastautin di Negeri Selangor antaranya seperti berikut :

    • Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Tabung Kewangan Biasiswa Negeri Selangor di mana pinjaman melalui tabung ini adalah pinjaman bolehubah dan tiada caj perkhidmatan
    Bil. Peringkat Pengajian Gred Pencapaian Jumlah Bayaran Balik
    1. Diploma/ Diploma Lanjutan / Ijazah

    -Bagi semua bidang

    Sains, Teknologi dan

    Sastera

    CGPA 3.75 dan ke atas

    / Kepujian Kelas Pertama

    CGPA 3.20 – 3.74 /

    Kepujian Kelas Dua Tinggi

    CGPA 3.19 dan ke bawah

    0%

    75%

    100%

    2. Diploma/ Diploma

    Lanjutan/ Ijazah

    -Bagi bidang Pengajian

    Islam

    Mumtaz / Kelas Pertama

    Jayyid Jiddan / Kelas Kedua Tinggi

    Jayyid / Kelas Kedua Rendah

    Maqbul / Jayyid

    0%

    50%

    75%

    100%

    Bil. Peringkat Pengajian Gred Pencapaian Jumlah Bayaran Balik
    3. Perubatan Lulus MBBS 0%
    4. Diploma/ Diploma Lanjutan/ Ijazah:

    -Untuk semua bidang pengajian

    PNGK / CGPA

    3.75 hingga 4.00

    PNGK / CGPA 3.50 hingga 3.74

    PNGK / CGPA 3.20 hingga 3.49

    PNGK / CGPA

    3.19 dan ke bawah

    Dilupusakn sebagai

    biasiswa

    50%

    75%

    100%

    5. Ijazah Perubatan Lulus MBBS / MD / Pergigian / Veterinar Dilupuskan sebagai biasiswa
    • Pinjaman atau bantuan pendidikan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui program bantuan Pendidikan kepada anak-anak asnaf yang belajar di KUIS.
    • Hadiah Pengajian IPT sebanyak Ringgit Malaysia satu ribu kepada para pelajar yang telah diterima masuk ke universiti dan berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 1,500.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan Endowment Fund bagi pelajar yang layak masuk ke IPT tetapi tidak berkemampuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.