Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

130) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan menambah baik bantuan pendidikan di Selangor?

    Jumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan menambah baik bantuan pendidikan di Selangor adalah sebanyak RM24,000,000.00 setahun dengan pecahan seperti berikut:

    BIL. JENIS SEKOLAH JUMLAH
    1. Sekolah Agama Rakyat RM10,000,000.00
    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Termasuk

    Sekolah Menengah Persendirian)

    RM8,000,000.00
    3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM5,000,000.00
    4. Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM1,000,000.00
      JUMLAH KESELURUHAN RM24,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.