Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

75) BANTUAN PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat bantuan atau dana pendidikan kepada mahasiswa diluar negara? Jika ada huraikan.

    1. Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menyalurkan bantuan pendidikan kepada mahasiswa di luar negara dalam kalangan asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah. Bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

     

    1. Bantuan Dermasiswa Luar Negara (Timur Tengah)
    2. Berbentuk dermasiswa yang diberikan kepada pelajar paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan melepasi kelayakan temuduga serta ujian bahasa yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    3. Pemilihan pelajar melalui JAIS.
    4. Keutamaan kepada keluarga berpendapatan pertengahan (lebihan had kifayah tidak melebihi RM7,000.00).
    5. Kuota pelajar yang disediakan adalah 50 orang untuk tiga buah negara iaitu Mesir, Jordan dan Morocco.
    6. Nilai peruntukan setiap tahun RM4 juta.

     

    1. Bantuan Dermasiswa Luar Negara (selain Timur Tengah)
    2. Berbentuk dermasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang dan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara (Ijazah pertama).
    3. Pemilihan pelajar melalui LZS.
    4. Keutamaan kepada keluarga berpendapatan pertengahan (lebihan had kifayah tidak melebihi RM7,000.00).

     

    1. Bantuan Umum Pelajaran (Pelajar Luar Negara)
    2. Sumbangan ‘one off’ setahun sekali sahaja.
    3. Keutamaan kepada keluarga berpendapatan pertengahan (lebihan had kifayah tidak melebihi RM7,000.00).

     

    1. Bantuan Sumbangan Keperluan Pembangunan Pendidikan Luar Negara
    2. Sumbangan diberikan kepada institusi, individu, agensi Islam luar negara yang bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan LZS.
    3. Keutamaan kepada program luar negara (negara Islam).
    4. Kadar sumbangan berdasarkan kepada kelulusan LZS dan bajet yang diperuntukkan.
    5. Program pembangunan meliputi:
    6. Penganjuran program/kursus dan latihan kemahiran bagi pembangunan pendidikan
    7. Bayaran tenaga pengajar dan perunding
    • Bayaran yuran dan penginapan
    1. Kos pengangkutan
    2. Saguhati peserta
    3. Bahan rujukan, bahan cetak dan peralatan

Lampiran

Tiada Lampiran.