Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

130) BANTUAN PENDIDIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka tawaran biasiswa atau pinjaman pendidikan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di semua universiti awam dan swasta di negara ini?

    Kerajaan  Negeri  Selangor  ada  menyediakan   pembiayaan   pendidikan   di bawah Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung  Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor sejak tahun 1987 sehingga sekarang.

    Pinjaman Pelajaran ini adalah terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian peringkat Sijil, Diploma  dan Ijazah Sarjana  Muda di universiti awam dan swasta dalam negara.

    Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor ini dibuka 2 kali setahun iaitu pada Februari dan Ogos dengan kuota pengambilan pelajar  baru  seramai 1,500 orang setahun.

    Pembiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman tanpa  faedah  dan  boleh  ditukar kepada Pinjaman Boleh Ubah bagi peminjam yang tamat pengajian dengan CGPA 3.20 dan ke atas dan memenuhi  semua  syarat  yang  ditetapkan.

    Dalam pada itu, bagi menanggung kekurangan pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor  turut  memperkenalkan  Program Peduli Siswa pada tahun ini yang juga merupakan bantuan pinjaman  boleh ubah dengan peruntukan RM10 juta. Selain  daripada  itu,  Kerajaan  Negeri juga memang sudah memberi biasiswa kepada anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS melalui program Biasiswa Selangorku yang mula diperkenalkan tahun lepas.

Lampiran

Tiada Lampiran.