Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

217) BANTUAN PENGUPAYAAN KEPADA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah bantuan pengupayaan yang diberikan kepada setiap ADUN Selangor dari 2014-2015.

    Jumlah bantuan pengupayaan yang diberikan kepada setiap ADUN Selangor dari 2014-2015 adalah seperti perincian berikut (Dengan pemahaman bantuan pengupayaan adalah peruntukan Kerajaan Negeri yang bertujuan membiayai perjalanan operasi Pusat Khidmat Masyarakat) :-

    Peruntukan Ahli Dewan Negeri

    BIL PERKARA AMAUN

    (RM)

    1 Bayaran emolumen 3 orang Pembantu Tadbir lantikan Pejabat Dewan Negeri (RM2,000.00 seorang) 6,000.00
    2 Pengurusan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat 4,000.00
      JUMLAH 10,000.00

    Peruntukan Ahli Dewan Negeri (Bukan Kerajaan)

    BIL PERKARA AMAUN

    (RM)

    1 Pengurusan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat 1,500.00
      JUMLAH 1,500.00

    Walau bagaimanapun, mulai 1 Mac 2016, peruntukan operasi Pusat Khidmat Masyarakat telah dinaikkan seperti perincian berikut :-

    Peruntukan Ahli Dewan Negeri

    BIL PERKARA AMAUN

    (RM)

    1 Bayaran emolumen 3 orang Pembantu Tadbir lantikan Pejabat Dewan Negeri (RM2,000.00 seorang) 6,000.00
    2 Pengurusan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat 10,000.00
      JUMLAH 16,000.00

    Peruntukan Ahli Dewan Negeri (Bukan Kerajaan)

    BIL PERKARA AMAUN

    (RM)

    1 Pengurusan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat 6,000.00
      JUMLAH 6,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.