Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

197) BANTUAN PERNIAGAAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan program galakan barangan eksport untuk para perniaga di Selangor?

    Dalam usaha membantu syarikat IKS di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menyediakan medium atau platform yang boleh membantu usahawan-usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan dan pasaran ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan usahawan-usahawan tempatan dalam pameran yang diadakan di dalam dan luar negara seperti program Selangor International Business Summit, Penang International Halal Expo 2019, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2019, The world Food & Beverage Great EXPO/ Premium Food Show 2019 Japan, HOFEX Hong Kong 2019, SIAL Jakarta 2019 dan lain-lain di mana sebahagian kos ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui peruntukkan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan IKS Negeri Selangor.

    Di samping penyertaan dalam pameran yang diadakan, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut membantu pihak syarikat untuk mengadakan pertemuan “Business Matching” bersama “Potential Buyers” sewaktu penyertaan di dalam program-program pameran di peringkat antarabangsa.

    Penyertaan di dalam program MIHAS 2019 adalah merupakan satu kejayaan besar yang telah dicapai oleh pihak Invest Selangor dalam membantu IKS di Negeri Selangor mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Sebanyak 35 buah syarikat IKS telah terlibat didalam Pavilion Selangor pada MIHAS 2019 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.