Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

66) BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memberi semua perangkaan tentang bantuan persekolahan kepada anak-anak pekerja ladang seperti bantuan beg sekolah, subsidi tambang bas dan lain-lain di Selangor amnya dan daerah Hulu Selangor khasnya.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu berkaitan dengan pekerja-pekerja ladang kususnya untuk anak-anak pekerja ladang. Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang diwujudkan untuk membantu mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran. Program-program dibawah tabung ini mensasarkan kepada anak-anak pekerja ladang yang pendapatan seisi keluarga kurang dari RM1,500.00 sebulan.

    Antara program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2008 sehingga tahun 2011 adalah seperti berikut :

    1. Bantuan Biasiswa (One-Off) kepada anak pekerja ladang;

    Bantuan diberikan dalam bentuk biasiswa (One-Off) untuk membiayai pembayaran semester pertama pembelajaran.

    1. Program Kemahiran Teknikal di Kolej INSPENS

    Program usahasama dengan kolej INSPENS bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran.

    1. Sumbangan Pembaikan Infrastruktur dan Kelas Tambahan Sekolah Tamil di Ladang Negeri Selangor

    Program bagi menaiktaraf kemudahan-kemudahan sekolah dan untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Walaubagaimana pun bermula tahun 2010, semua permohonan daripada Sekolah-Sekolah Tamil telah dipanjangkan ke Program Bantuan Sekolah di bawah EXCO Pendidikan iaitu Y.B. Dr. Halimah Ali.

    1. Program-program peningkatan pembelajaran untuk anak-anak pekerja ladang

    Program usahasama dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak pekerja ladang.

    1. Subsidi Tambang Bas Sekolah

    Bantuan yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah untuk anakanak pekerja ladang.

    1. Program penyerahan sumbangan/ hadiah kecemerlangan UPSR untuk anak-anak pekerja ladang.

    Program   berbentuk      majlis penyerahan sumbangan dan     hadiah kecemerlangan pelajar UPSR

    Berikut adalah perangkaan bantuan persekolahan yang telah disalurkan kepada anakanak pekerja ladang Negeri Selangor.

    BIL JENIS BANTUAN JUMLAH BANTUAN MENGIKUT TAHUN
    2008 2009 2010 2011 JUMLAH
    1. Bantuan Biasiswa (One

    Off) kepada Anak-anak

    Pekerja Ladang

    4 pelajar 7 pelajar 3 pelajar 14 pelajar
    2. Program Kemahiran Teknikal di Kolej

    INSPENS

    52

    pelajar

    36

    pelajar

    79

    pelajar

    97

    pelajar

    264 pelajar
    3. Program Kewangan dan Kelas Tambahan Sekolah

    Tamil di ladang

    30 sekolah 30 sekolah
    4. Program             peningkatan pembelajaran anak-anak pekerja ladang 264 sekolah 21 sekolah 4 sekolah 289 sekolah
    5. Subsidi    Tambang     Bas

    Sekolah

    315

    pelajar

    254

    pelajar

    569 pelajar
    6 Hadiah     Kecemerlangan

    UPSR

    800

    pelajar

    400

    pelajar

    500

    pelajar

    1,700 pelajar

Lampiran

Tiada Lampiran.