Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

261) BANTUAN PERSEKOLAHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada semua SAR, SJKC dan SJKT sejak 2009 mengikut DUN masing-masing

    Untuk makluman YB Balakong, senarai setiap jumlah peruntukan untuk setiap DUN bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah terlalu banyak untuk saya bacakan di sini seperti di Lampiran A.

    Walau bagaimanapun, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada SAR, SJKC dan SJKT di 56 DUN daripada tahun 2009 sehingga 2015 adalah sebanyak RM100,955,661.80 juta. Bagi tahun 2016 sehingga 30 Jun pula, pecahan peruntukan yang diterima bagi tiga kategori sekolah tersebut adalah seperti berikut:

    Bil Tahun SAR (RM) SJKC (RM) SJKT (RM) Jumlah
    8. 2016

    (Jun)

    4,000,000.00 2,560,000.00 3,585,000.00 10,325,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.