Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

64) BANTUAN PERTANIAN KEPADA BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis bantuan pertanian yang telah diberikan kepada golongan belia di Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah memberikan bantuan kepada belia-belia yang melibatkan diri dalam bidang pertanian melalui pelaksanaan program-program seperti berikut:-

    Bil. Program
    1 Insentif Agro Generasi Muda
    2 Pembangunan Taman Agroteknologi
    3 Pembangunan Tanaman Makanan
    4 Pembangunan Tanaman Industri
    5 Pembangunan Industri Bunga
    6 Pembangunan Industri Asas Tani

Lampiran

Tiada Lampiran.