Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

104) BANTUAN PESAKIT-PESAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN DIALYSIS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dialysis yang semakin meningkat saban hari dengan kos semakain menaik dan menjadi lebih mahal?

    Kerajaan Negeri mempunyai program Bantuan Sihat Selangor yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan rawatan kesihatan seperti rawatan dialisis. Bantuan ini adalah sebagai sumbangan sahaja dan bukanlah satu tajaan atau tanggungan terhadap seseorang pesakit.

    Sehingga 19 Julai 2019, terdapat 744 permohonan rawatan dialisis yang telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.8 juta bagi tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.