Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

69) BANTUAN PRIHATIN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Malaysia menghadapi gelombang Covid-19 ketiga. Adakah Kerajaan Negeri akan melanjutkan Bantuan Prihatin kepada golongan tertentu seperti penjaja, siswa, keluarga B40 dan OKU?

    UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN)

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan bagi pelanjutan bantuan perihatin kepada golongan yang terkesan akibat COVID 19.

    Melalui Pakej Rangsangan Selangor Prihatin(PRE) COVID 19 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Mac 2020 beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri antaranya:

    i. pemberian insentif khas one-off sebanyak RM500 kepada penjaja/ peniaga kecil berlesen; dan
    ii. pengecualian sewa kepada peniaga/ penyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selama sebulan.

    BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor sentiasa mengambil berat dan prihatin mengenai kebajikan mahasiswa di Negeri Selangor dan anak Selangor yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pada 4 Oktober 2020 YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengumumkan Bantuan Mahasiswa Darul Ehsan kepada mahasiswa yang terkandas di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan KAUKUS ADUN Muda Selangor.

    Melalui Program Bantuan Mahasiswa Darul Ehsan Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan bantuan seperti berikut :

    i. Penyediaan pengangkutan kepada mahasiswa/i anak Negeri Selangor yang terkandas di institusi pengajian tinggi yang perlu pulang ke kampung;
    ii. Bantuan Makanan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang dan Institusi Pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor; dan
    iii. Pemberian pelitup separuh muka dan hand santizer kepada Mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang

Lampiran

Tiada Lampiran.