Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

79) BANTUAN RM30 JUTA KEPADA UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan Selangor memberi butiran-butiran terperinci tentang sebidang tanah milik Unisel yang bernilai RM100 juta yang akan ditunaikan untuk membantu Unisel.

    Tanah UNISEL yang boleh ditunaikan adalah seluas 200 ekar di Kampus Bestari Jaya. Tanah ini dianggarkan bernilai RM150,000.00 seekar dan dengan itu keseluruhannya bernilai RM30 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.