Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?

    1. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) ke 4/2019 yang diadakan pada 15 Februari 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 5/2019 pada 20 Februari 2019 telah menimbang dan meluluskan pembahagian peruntukan hal ehwal selain Islam di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tahun 2019 seperti berikut :

     

    Bersetuju agar pembahagian bagi setiap kategori agama adalah mengikut peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor iaitu seperti berikut (Jadual 1) :

     

     

    Agama Penganut (%) Peruntukan (RM)
    Buddha, Tao dan Lain-lain 60.47 3,628,200.00
    Hindu 28.75 1,725,000.00
    Kristian 9.42 565,200.00
    Sikh 1.36 81,600.00
    Jumlah Keseluruhan 6,000,000.00

    Jadual 1

Lampiran

Tiada Lampiran.