Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

29) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak rumah yang telah dibina dan dibaikpulih yang telah diluluskan pada tahun 2017-2018 di Daerah Kuala Selangor? Mohon disenaraikan.

    Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, sebanyak 14 permohonan telah diluluskan di bawah Program Bantuan rumah Kerajaan Prihatin bagi tahun 2017 sehingga kini merangkumi bantuan bina baru rumah dan baikpulih rumah di  daerah Kuala Selangor sepertimana butiran di bawah. Walau bagaimanapun, untuk makluman bersama Yang Berhormat Permatang, pada tahun 2018, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tidak merekod dan menerima sebarang permohonan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dari daerah Kuala Selangor. Permohonan di bawah program bantuan ini adalah terbuka kepada seluruh daerah di Negeri Selangor dan permohonan yang diterima adalah dipanjangkan dari Pejabat Daerah yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.