Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

16) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rumah bantuan kerajaan prihatin yang telah diduduki dan masih dalam pembinaan mengikut daerah?

    1. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor, Program Kerajaan Prihatin telah diwujudkan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan membantu golongan miskin yang tidak mampu untuk menyediakan sendiri tempat tinggal / kediaman yang sempurna bagi memiliki sebuah kediaman yang selamat dan

     

    Bermula dari tahun 2008 sehingga 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah membantu golongan tersebut untuk membaikpulih dan membina baru sebuah rumah. Penerima bantuan di bawah program ini dapat dipecahkan mengikut daerah masing – masing di Negeri Selangor dengan jumlah Klang sebanyak 181 penerima, Petaling 61 penerima, Kuala Langat 200 penerima, Hulu Langat

    84 penerima, Sabak Bernam 240 penerima, Kuala Selangor 259 penerima, Gombak 106 penerima, Hulu Selangor 8 penerima dan Sepang 97 penerima. Jumlah keseluruhan penerima bagi Bantuan Bina Baru dan Baikpulih dari tahun 2008 sehingga 2015 adalah sebanyak 1316 penerima.

    Manakala bagi rumah bantuan bina baru dan baikpulih yang masih dalam pembinaan mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    BIL DAERAH JUMLAH
    1. Gombak 5
    2. Hulu Langat 7
    3. Klang 11
    4. Hulu Selangor 3
    5. Petaling 7
    6. Sepang
    7. Sabak Bernam 12
    8. Kuala Selangor
    9. Kuala Langat 11
    JUMLAH

    KESEURUHAN

    56

Lampiran

Tiada Lampiran.