Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

191) BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN SELANGOR BAGI SAR, SJKC, SJKT DAN TAHFIZ

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dapat ditingkatkan proses maklum balas permohonan berjaya atau tidak?

    Proses maklum balas berkenaan status permohonan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu:

     

    • Bagi permohonan yang berjaya ia akan dimaklumkan oleh pihak urus setia sama ada melalui Pusat Khidmat Masyarakat kawasan Ahli Dewan Negeri, Pejabat Daerah dan boleh menghubungi terus pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

     

    • Bagi permohonan yang tidak berjaya, jika tidak dihubungi oleh pihak urus setia untuk sekian tempoh, permohonan tersebut adalah tidak berjaya. Ia telah dinyatakan secara jelas di dalam borang permohonan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus

Lampiran

Tiada Lampiran.