Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

198) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan IPR Bantuan Sihat Selangor mencapai objektifnya?

    Objektif Bantuan Sihat Selangor adalah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah bagi menjalani rawatan kesihatan seperti rawatan dialisis, rawatan kanser, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil di hospital kerajaan, pembelian kaki palsu dan pembelian susu dan lampin bagi golongan sakit terlantar. Bantuan ini adalah sebagai sumbangan dan bukanlah satu tajaan atau tanggungan terhadap seseorang pesakit. Sehingga 19 Julai 2019, terdapat 1,150 permohonan yang telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi tahun 2019.

    Bagi mengatasi masalah tempoh masa kelulusan yang agak lama, pihak Kerajaan Negeri berharap agar semua permohonan perlulah dikemukakan sebulan sebelum tarikh pembedahan bagi memberi masa yang secukupnya untuk proses semakan dan kelulusan. Tempoh ini adalah tempoh yang selesa bagi permohonan yang tidak lengkap dan perlu mengemukakan semula dokumen yang diperlukan sebelum kelulusan diberikan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kecemasan, proses kelulusan boleh dipercepatkan dengan syarat semua dokumen adalah lengkap.

    Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan untuk menambahbaik sistem Bantuan Sihat Selangor sedia ada bagi mempercepatkan proses semakan dan kelulusan setiap permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.