Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

111) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah peruntukan Peduli Sihat ADN digunapakai untuk pendaftaran Bantuan Sihat Selangor?

    Program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) adalah program yang berbeza dengan Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) dan syarat-syarat kelayakan bagi kedua-dua program juga berbeza. Oleh yang demikian, permohonan bagi BSS hendaklah dilakukan di secara atas talian menggunakan medium www.bantuansihat.selangor.gov.my sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.