Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

161) BANTUAN SIHAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis bantuan yang di tawarkan dan huraikan sambutannya di kalangan orang ramai.

    Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program iaitu Program Bantuan Sihat Selangor, di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pemohon yang layak bagi menampung kos rawatan kesihatan yang tinggi. Pada tahun 2017, sebanyak RM5.5 juta telah diperuntukkan bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung oleh rakyat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta telah dikhususkan untuk menampung kos rawatan dialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan selebihnya untuk lain-lain jenis bantuan kesihatan. Di antara bantuan kesihatan yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor adalah seperti berikut :

    1. Bantuan katarak mata;
    2. Bantuan pembedahan kecil;
    3.  Bantuan pembelian kaki palsu; dan
    4.  Bantuan alatan kesihatan termasuk lampin pakai buang dan susu.

Lampiran

Tiada Lampiran.