Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

2) BANTUAN SKIM CERIA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu penduduk Pangsapuri Sri Sementa untuk membaik pulih bangunan, bumbung, cat semula dinding dan keperluan lain untuk keceriaan pangsapuri ini?

    Untuk bantuan membaikpulih bangunan, bumbung, cat semula dinding dan keperluan lain untuk keceriaan Pangsapuri Sri Sementa terdapat dua pilihan seperti berikut:

    Mengemukakan permohonan di bawah Skim CERIA (Caring Goverment For Residents’ Improvement Aid) untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi tahun seterusnya. Pada tahun 2019, peruntukan RM10 juta di bawah Skim CERIA telah ada komitmen di mana pemilihan pangsapuri terlibat telah dikenalpasti pada awal tahun lagi. Pemilihan bagi kawasan tersebut dibuat mengikut merit markah yang ditetapkan seperti berikut:

    • Jenis bantuan baikpulih yang dipohon.
    • Kategori harga pangsapuri.
    • Tahap kritikal kerosakan.
    • Tarikh permohonan.

     

    Syarat memohon Skim CERIA adalah seperti berikut:

    • Permohonan hanya boleh dibuat oleh JMB, MC atau ejen pengurusan yang dilantik oleh COB.
    • Harga pangsapuri semasa pembelian pertama (pembelian dengan pemaju) adalah di bawah RM150,000.00 seperti yang tercatat di dalam perjanjian jual beli.
    • Mengemukakan permohonan bantuan tersebut kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.