Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

101) BANTUAN UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan definasi B40 dan M40 untuk Negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, Kerajaan Negeri amat prihatin kepada rakyat Negeri Selangor yang berada dalam golongan B40 dan golongan M40 dengan mewujudkan program-program yang memberi fokus untuk meningkatkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka. Di antara program pada masa kini yang dilaksanakan untuk membantu rakyat Negeri Selangor ialah Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Program IPR merupakan program jangka panjang yang bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata-mata, tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah B40 dan M40.

     

    Berikut adalah program-program IPR yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka:

     

    BIL. PROGRAM KELAYAKAN PEMOHON
    (B40 / M40)
    1 Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) B40
    2 Skim Air Darul Ehsan B40
    3 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) B40
    4 Bantuan Bina dan Baiki Rumah B40
    5 Program Jom Shopping B40
    6 Skim Peduli Sihat B40
    7 Bantuan Sihat Selangor B40
    8 Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) B40 / M40
    9 Program Tuisyen Rakyat Selangor B40
    10 Hadiah Pengajian IPT B40 / M40
    11 Dana Usahawan Mikro Selangor B40
    12 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan B40
    13 Skim Rumah Selangorku M40 / Umum

    (kelayakan tidak melebihi RM10,000/isi rumah)

    14 Skim Smart Sewa B40 / Umum

    (kelayakan tidak melebihi RM5,000/isi rumah)

     

     

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan M40. Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

     

    Kerajaan negeri akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program sedia ada dan merangka program-program baharu yang bersesuaian dan menepati keperluan semua lapisan masyarakat di Selangor, sesuai dengan gagasan Maju Bersama.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.