Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

220) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini untuk membasmi kemiskinan di Kalangan Kaum Cina?

    Kemiskinan membawa maksud, jumlah pendapatan bulanan sesebuah isi rumah yang berada di bawah tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu indikator yang membolehkan sesebuah keluarga tersebut memiliki dan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, yang membolehkan setiap ahli keluarga berfungsi di dalam masyarakat. Kerajaan Negeri tidak memberi penumpuan atau fokus hanya kepada satu-satu kaum sahaja. Langkahlangkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah dengan mewujudkan program-program yang memberi peluang kepada golongan sasar agar dapat keluar dari pelompok kemiskinan, selain memberikan peluang pendidikan, pekerjaan dan perumahan kepada golongan ini agar dapat terus hidup dengan lebih selesa. Antara program yang diwujudkan dalam Merakyatkan

    Ekonomi Negeri Selangor diantaranya adalah;

    1. Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor.
    2. Program Perumahan Rakyat Miskin ”Kerajaan Prihatin”.
    3. Program Tajaan Pendidikan Kemahiran Teknikal di Kolej INPENS.

Lampiran

Tiada Lampiran.