Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

208) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka tanah pertanian seperti ÒSkim FELDAÓ bagi kaum India miskin untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka pada masa hadapan?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan tanah pertanian secara berkelompok atau seperti ”Skim FELDA”. Tetapi Kerajaan Negeri telah mewujudkan program-program yang dapat membantu golongan sasar agar mendapat manafaat dan kehidupan yang lebih sempurna, antara programprogram yang ditawarkan bagi golongan sasar adalah : i. Program Tabung Anak-anak Pekerja Ladang ii. Program Subsidi Bas Sekolah iii. Program Pendidikan Kemahiran Teknikal

Lampiran

Tiada Lampiran.