Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

145) BANTUAN UNTUK WANITA DAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bantuan dan program untuk memperkasakan wanita dan ibu tunggal di Selangor

    1. Kerajaan Negeri sentiasa menyediakan pelbagai program pemberdayaan wanita dan inisiatif-inisiatif bantuan yang dapat memberi manfaat kepada semua golongan wanita termasuklah golongan ibu tunggal sama ada melalui pelaksanaan di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) mahupun pelaksanaan program-program melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor.

     

    Program-program IPR yang disediakan Kerajaan Negeri sebagai contoh adalah layak untuk dimanfaatkan oleh semua golongan wanita termasuklah ibu tunggal sekiranya memenuhi kelayakan yang ditetapkan sama ada program-program berbentuk kesihatan, pendidikan, perniagaan dan perusahaan mahupun bantuan kepada anak-anak.

     

    Berikut adalah antara program dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk memperkasakan golongan wanita dan ibu tunggal di Selangor seperti berikut :

     

    BIL PERKARA CATATAN
    1. Program Pemberdayaan Wanita Berbentuk kursus-kursus kemahiran, latihan dan bimbingan, program keusahawanan sosial, pembinaan jati diri melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga dan 56 Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor.
    2. Skim Kesihatan Wanita (Mammosel) Pemeriksaan Saringan Mammogram Percuma kepada Wanita Selangor yang berumur 35 tahun ke atas.
    3. Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Bantuan kewangan bulanan kepada ibu yang berkeluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 21 tahun ke bawah sebanyak RM200.00 sebulan untuk membeli barangan keperluan asas keluarga yang dibenarkan.
    4. Skim Bantuan  Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) Bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100.00 setiap bulan.
    5. Bantuan Tadika Negeri Selangor (TUNAS) Bantuan yuran tadika sebanyak RM50.00 setiap bulan.
    6. Hadiah Anak Masuk Universiti Hadiah sebanyak RM1,000 untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda
    7. Skim Mikrokredit Hijrah Modal bantuan berniaga sehingga RM50,000.00.
    8. Bantuan Sihat Selangor Bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan- rawatan lain atau pembelian alat sokongan.

     

    Kesemua program yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan sistem sokongan kepada golongan wanita dan ibu tunggal.

Lampiran

Tiada Lampiran.