Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

228) BANTUAN USAHAWAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini penerima bantuan usahawan asnaf zakat dan yang telah berjaya keluar daripada senarai asnaf zakat sehingga Julai 2016?

    Berikut merupakan jumlah penerima bantuan modal perniagaan yang telah keluar kategori asnaf fakir dan miskin dari tahun 2013-2015:

    *JUMLAH PENERIMA BANTUAN MODAL PERNIAGAAN YANG KELUAR KATEGORI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DARI TAHUN 2013-2015

    TAHUN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN (ORANG)
    2013 250
    2014 221
    2015 173

    *Nota:  Bilangan usahawan yang keluar daripada kategori asnaf fakir dan      miskin untuk tahun 2016 akan diperoleh pada penghujung tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.