Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

192) BANTUAN USAHAWAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan usahawan di DUN Selat Klang yang telah berjaya dibantu kerajaan negeri

    Kerajaan Negeri tidak mengagihkan bantuan mengikut DUN sebaliknya mengagihkan bantuan mengikut daerah kerana Jabatan / Agensi Pelaksana adalah mengikut daerah seperti Pejabat Daerah / Tanah, Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat Veterinar Daerah dan lain-lain lagi agensi. Dun Selat Klang terletak di dalam Daerah Klang dan jumlah usahawan di daerah Klang yang telah berjaya dibantu di sepanjang oleh Kerajaan Negeri di antara 2010 hingga 2014 adalah seramai 1812. Senarai di antara usahawan di Daerah Klang yang telah berjaya dibantu Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.