Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

61) BANYAK TEMPAT TUMPUAN PELANCONG SERING DIABAIKAN PENYENGGARAANNYA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan khusus bagi pembangunan pelancongan negeri dari 2008- 2013 dan peruntukan yang dikhususkan untuk pembiayaan penyenggaraan?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan khusus bagi tujuan pembiayaan penyenggaraan kerana kerja-kerja penyenggaraan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi yang berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan pembangunan bagi menaik taraf produk pelancongan yang kebiasaannya digunakan bagi menaik taraf kemudahan di tempat pelancongan. Tujuan penyenggaraan produk-produk pelancongan negeri adalah untuk memastikan kemudahan serta infrastruktur pelancongan negeri berada dalam keadaan baik, selesa dan lengkap bagi menjaga imej Kerajaan Negeri. Berikut adalah jumlah peruntukan pembangunan pelancongan negeri dari tahun 2008 sehingga 2013:

     

    BIL.

     

    TAHUN

     

    PERUNTUKAN (RM)

    1. 2008 500,000.00
    2. 2009 900,000.00
    3. 2010 500,000.00
    4. 2011 4,000,000.00
    5. 2012 2,500,000.00
    6. 2013 2,500,000.00
    7. 2014 2,500,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 13,400,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.