Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

136) BAS DAN WIFI PERCUMA SELANGOR DI KAWASAN DENGKIL

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat rancangan untuk melebarkan liputan bas percuma SMART Selangor ke kawasan lain, contohnya seperti di Pulau Meranti dan Putra Perdana di Dengkil, yang berkepadatan tinggi?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya kini mempunyai 42 laluan dan 125 buah bas di sebelas kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Laluan-laluan Bas Smart Selangor yang dipilih adalah berdasarkan cadangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan diluluskan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor jika menepati kriteria-kriteria yang ditetakan iaitu:

    1. Menepati struktur Bus Network Revamp oleh SPAD iaitu tidak bertindih dengan laluan operator perkhidmatan bas sedia ada;
    2. Perlu mengutamakan laluan kawasan-kawasan tumpuan pembangunan, perumahan padat dan jalan yang tidak dilalui oleh perkhidmatan bas lain;
    3. Lokasi bagi laluan bas percuma ini adalah di kawasan tumpuan kemudahan awam seperti pusat kesihatan, pejabat kerajaan, sekolah, stesen komuter, stesen LRT dan sebagainya serta kawasan komersil dan kompleks perniagaan; dan
    4. Mempunyai connectivity dengan sistem pengangkutan yang lain seperti stesen komuter atau stesen LRT/MRT/BRT.

     

    Bagi cadangan untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor ke laluan Pulau Meranti dan Putra Perdana, Kerajaan Negeri melalui PBT akan meneliti kesesuaian laluan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, penambahan laluan baru juga tertakluk kepada peruntukan kewangan yang disediakan bagi tahun 2019, atau dibiayai menggunakan peruntukan PBT sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.