Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

21) BAS KOMUNITI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah objektif bas komuniti diwujud dan disediakan?

    a) dan b)

    Bas komuniti dilaksanakan berikutan Kerajaan Negeri cakna terhadap keperluan rakyat selaras dengan dasar pembangunan berkualiti rakyat dipeduli. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah merancang dan merangka kaedah bagi merealisasikan hasrat untuk menyediakan perkhidmatan bas komuniti kepada rakyat yang menyasarkan kepada masyarakat khususnya yang berpendapatan sederhana rendah seperti warga industri, pelajar, kakitangan kerajaan dan mereka yang memerlukan perkhidmatan bas ini untuk urusan harian. Perkhidmatan bas komuniti telah mula beroperasi untuk kemudahan orang ramai pada Julai 2008 di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Setelah ia mendapat sambutan, program ini dikembangkan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 4 Mac tahun lalu. Program ini diperluaskan lagi dengan perkhidmatan bas percuma ‘Bas Selangorku’ di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 1 Julai 2015. Perkhidmatan ini dirancang untuk dikembangkan perkhidmatannya di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Lampiran

Tiada Lampiran.