Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

15) BAS PERCUMA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik kegunaan dan jumlah penumpang Bas Selangorku dan PJ Free Bus sehingga kini serta kos yang dibelanjakan untuk menjalankan program ini di setiap PBT termasuk MBPJ.

    Statistik Penumpang Bas Smart Selangor dan PJ CityBus

    1. Perkhidmatan Bas Smart Selangor mula dilaksanakan pada 1 Julai 2015 dan sehingga kini terdapat 15 laluan telah diperkenalkan di sebelas Pihak Berkuasa Tempatan. Statistik penumpang Bas Smart Selangor dari tempoh 1 Julai 2015 hingga 28 Februari 2017 adalah sebanyak 5,934,770 orang dan pecahan penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015 (mulai 1 Julai 2015) : 546,661 penumpang
    • Tahun 2016 : 4,163,654 penumpang
    • Tahun 2017 (sehingga 28 Feb. 2017) : 1,224,455 penumpang

    Statistik pengguna Bas Smart Selangor mengikut PBT adalah seperti berikut:

    1. Tahun 2015 (Mulai 1 Julai 2015)
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1
    Majlis Bandaraya Shah Alam 270,491
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 192,196
    Majlis Perbandaran Klang 83,974
    JUMLAH 546,661

     

    1. Tahun 2016
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1 Laluan 2 Laluan 3 Jumlah
    Majlis Bandaraya Shah Alam 805,331 22,959 37,755 866,045
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 603,115 28,578 58,448 690,141
    Majlis Perbandaran Klang 439,910 -tiada- 523,884
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 461,492 -tiada- 461,492
    Majlis Perbandaran Kajang 788,324 -tiada- 788,324
    Majlis Perbandaran Selayang 532,878 -tiada- 532,878
    Majlis Perbandaran Sepang 80,624 -tiada- 80,624
    Majlis Daerah Kuala Langat 109,292 -tiada- 109,292
    Majlis Daerah Kuala Selangor 55,083 -tiada- 55,083
    Majlis Daerah Sabak Bernam 49,257 -tiada- 49,257
    Majlis Daerah Hulu Selangor 90,608 -tiada- 90,608
    Jumlah Keseluruhan 4,163,654

     

    1. Tahun 2017 (sehingga Februari 2017)
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1 Laluan 2 Laluan 3 Jumlah
    Majlis Bandaraya Shah Alam 191,814 31,687 50,764 274,265
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 143,246 38,358 62,170 243,774
    Majlis Perbandaran Klang 148,203 -tiada- 148,203
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 75,715 -tiada- 75,715
    Majlis Perbandaran Kajang 164,622 -tiada- 164,622
    Majlis Perbandaran Selayang 165,807 -tiada- 165,807
    Majlis Perbandaran Sepang 44,344 -tiada- 44,344
    Majlis Daerah Kuala Langat 47,959 -tiada- 47,959
    Majlis Daerah Kuala Selangor 17,932 -tiada- 17,932
    Majlis Daerah Sabak Bernam 16,230 -tiada- 16,230
    Majlis Daerah Hulu Selangor 25,604 -tiada- 25,604
    Jumlah Keseluruhan 1,224,455

     

    • Jumlah penumpang bas percuma PJ CityBas yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dari tempoh 1 Januari 2015 sehingga 28 Februari 2017 adalah sebanyak 6,659,529 penumpang bagi keempat-empat laluan. Pecahan penumpang perkhidmatan PJ CityBas mengikut tahun adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015 : 2,486,409 penumpang
    • Tahun 2016 : 3,551,943 penumpang
    • Tahun 2017 ( sehingga 28 Feb. 2017) : 621,177 penumpang

    Kos dan Peruntukan bagi Bas Smart Selangor dan PJ CityBus

    1. Kos bagi penyediaan Bas Smart Selangor yang bermula pada 1 Julai 2015 adalah menggunakan peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Namun begitu, dua laluan tambahan baru di Shah Alam dan Subang Jaya yang dilaksanakan pada bulan November 2016 telah dibiayai oleh PBT masing-masing iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya berdasarkan konsep 1 plus 1. Berdasarkan konsep ini, Kerajaan Negeri akan menanggung kos bagi satu laluan baru dengan mensyaratkan PBT untuk menanggung kos bagi satu laluan baru yang lain.
    2. Untuk Tahun 2015, kos bagi penyediaan perkhidmatan Bas Smart Selangor di tiga (3) PBT adalah sebanyak RM3,481,712.00. Butiran kos bagi setiap PBT adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015
    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1

    (RM)

    Majlis Bandaraya Shah Alam 1,266,064.00
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,266,064.00
    Majlis Perbandaran Klang 949,584.00
    Jumlah Keseluruhan Tahun 2015 RM3,481,712.00

     

    • Manakala kos bagi penyediaan Bas Smart Selangor pada tahun 2016 pula, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM11,360,910.64 untuk butiran berikut:
    • Kos lanjutan kontrak bagi laluan sedia ada sebanyak RM1,939,906.00 (Nota: kos ini merupakan kos lanjutan kontrak 3 PBT yang berakhir pada 30 Jun 2016 berserta tambahan sebuah bas untuk MPK. Kontrak dilanjutkan dari 1 Julai 2016 – 31 Disember 2016);
    • Laluan baru di enam PBT dan laluan tambahan MBSA dan MPSJ yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM6,888,876.64; dan
    • Laluan baru di MPAJ dan MPKJ sebanyak RM2,532,128.00 yang disalurkan pada tahun 2015 namun operasi bas bermula pada 1 Januari 2016.

     

    1. Keseluruhan kos tersebut adalah tidak termasuk laluan tambahan yang dibiayai sendiri oleh pihak MBSA dan MPSJ iaitu berjumlah RM3,146,928.00.

     

    1. Pecahan kos dan perbelanjaan Bas Smart Selangor Tahun 2016 mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    • Tahun 2016

     

    Butiran Kos Perbelanjaan Penyediaan Bas Smart Selangor Tahun 2016 Mengikut PBT

     

    Pihak Berkuasa Tempatan Laluan 1

    (RM)

    Laluan 2

    (RM)

    Laluan 3

    (RM)

    Jumlah

    (RM)

    Majlis Bandaraya Shah Alam 624,128.00 1,894,008.00

    (peruntukan MBSA)

    1,262,672.00 3,780,808.00
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 624,128.00 1,262,672.00 1,252,920.00

    (peruntukan MPSJ)

    3,139,720.00
    Majlis Perbandaran Klang 691,650.00 -tiada- 691,650.00
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1,266,064.00

    (menggunakan peruntukan tahun 2015)

      1,266,064.00

    (Peruntukan 2015)

    Majlis Perbandaran Kajang 1,266,064.00

    (menggunakan peruntukan tahun 2015)

      1,266,064.00

    (Peruntukan 2015)

    Majlis Perbandaran Selayang 1,250,796.00 -tiada- 1,250,796.00
    Majlis Perbandaran Sepang 625,400.00 -tiada- 625,400.00
    Majlis Daerah Kuala Langat 625,400.00 -tiada- 625,400.00
    Majlis Daerah Kuala Selangor 621,448.32 -tiada- 621,448.32
    Majlis Daerah Sabak Bernam 621,448.32 -tiada- 621,448.32
    Majlis Daerah Hulu Selangor 619,040.00 -tiada- 619,040.00
    Jumlah Keseluruhan RM14,507,838.64

     

    1. Bagi perkhidmatan PJCity Bus, peruntukan yang telah dibelanjakan oleh MBPJ untuk keempat-empat laluan adalah seperti berikut:
    • Tahun 2015 : RM2.92 juta
    • Tahun 2016 : RM6,317,854.40

Lampiran

Tiada Lampiran.